
Sulit
4 tahun
Kitaran haid yang singkat dan darah haid sedikit
Hi Doktor, Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai executive dan saya belum berkahwin. Saya ingin bertanya mengenai darah haid yang sedikit dan sekejap. Saya mengalami keluaran darah haid dalam masa yang singkat. Kebiasaanya darah haid pada hari pertama seperti biasa namun keesokan harinya seakan sudah tiada cuma tompok kecil sahaja. Hari ke3 boleh dikatakan sudah hilang dan bersih. Saya juga mengalami senggugut, sakit pinggang, dan angin. Adakah ini tidak normal ? Perlukah saya memdapatkan nasihat doktor di hospital?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid yang tidak teratur boleh juga disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pil perancang kehamilan
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus (untuk wanita berusia)
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!