
Sulit
4 tahun
Klimax & air mazi darah
Pertanyaan yang smaa tentang air mazi…apabila saya klimax akan tetap keluar darah…saya ingat sekali atau 2 kli tpi apabila saya…bersama husband…dan orgasm darah akan tetap keluar…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan ketika melakukan hubungan seksual. Saya ambil maklum tentang permasalahan ini, tetapi anda perlu ke klinik untuk pemeriksaan klinikal yang lebih lanjut.
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, melalui keterangan yang anda berikan, saya memerlukan pertanyaan yang lebih mendalam untuk menyimpul permasalahan anda. Namun begitu, terdapat beberapa kemungkinan pendarahan berlaku ketika hubungan seksual seperti:
Jalinkan hubungan mesra yang bebas permasalahan.
- Trauma atau luka pada alat kelamin ketika berhubungan
- Keradangan servik
- Polip Servik
- Jangkitan penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhea
- Darah haid yang datang awal dari waktunya
- Tanda awal kanser servik
Sekiranya perkara ini berulang dan berterusan, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik. Saya juga menasihatkan anda untuk mendapatkan suntikan vaksin HPV bagi mengelakkan kanser servik. Selain itu, saya mencadangkan anda untuk melakukan ujian pap smear untuk mengetahui status kanser servik kerana pendarahan ketika melakukan hubungan seksual juga merupakan tanda awal kanser servik dan ianya sangat biasa ditemui.
Sila ke klinik atau hospital dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.