
azinsah66razak
6 tahun
Kluar cecair mcm nanah dari penis
Ank lelaki sya berumur 17 tahun tlh dipaksa melakukan seks oral didlm tandas oleh seorg lelaki India…slps 4 hari kejadian penis ank sya mengeluarkan cecair spt nanah…tlh dibawa keklinik dan tlh diberi antibiotik…masalahnya cecair tersebut masih kluar dgn jumlah yg byk

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh anak puan. Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, tanda-tanda yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh suami anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.