
Sulit
4 tahun
Kontaks rapat pesakit Covid19
Hai Dr,pada 25/12/2020 saya telah berkunjung ke rumah datuk saya,dan pada hari Ahad kemudiannya datuk saya telah disahkan positif covid.Sebaik sahaja mengetahuinya saya dan keluarga telah kuarantin di rumah selama 10 hari.Dalam tempoh 10 hari itu juga kami tidak mengalami sebarang simptom.Adakah saya dan keluarga perlu mengambil swab test?Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, orang yang disarankan untuk menjalani ujian saring COVID-19 adalah orang yang bergejala dan mempunyai kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19.
Sekiranya anda kontak rapat kepada pesakit positif, saya yakin pihak KKM akan menghubungi anda untuk melakukan ujian saringan. Buat masa sekarang saya sangat menasihatkan anda untuk mengawal gejala COVID19 dan mengasingkan diri daripada orang ramai atau ahli keluarga lain yang tidak terlibat. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini