Sulit
5 tahun
Kontrak rapat kepada pesakit Covid-19
Saya merupakan rakan kepada pesakit Covid-19. Sebelum mengetahui keputusan swab, kami pernah berjumpa atas sebab rakan tidak sihat. Saya dan dia tiada sebarang sentuhan dan duduk dalam jarak yang berjauhan. Apakah saya perlu lakukan bagi memastikan kesihatan saya dan keluarga saya sentisa dalam keadaan baik dan bebas Covid-19?? adakah saya perlu ke klinik kesihatan dan memaklumkan kepada mereka?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19 lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan diri anda dan ahli keluarga anda. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Sekiranya anda adalah kontak rapat, kami yakin PKD akan menghubungi anda untuk lakukan ujian swab dalam masa 14 hari. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila berhubung dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
Untuk menjawab persoalan anda, kami tidak mengetahui sama ada anda merupakan kontak rapat kerana kami tidak tahu bilakah rakan anda mengalami gejala dan mendapat kontak tersebut. Namun begitu, kami sarankan anda untuk melakukan ujian saringan jika anda berjumpa beliau dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini. Anda juga dinasihatkan untuk memantau keadaan anda pada masa ini dan menghubungi pihak kesihatan dengan segera sekiranya anda mengalami gejala dan keadaan semakin teruk.
Anda boleh melakukan kuarantin kendiri sekiranya anda bekerja dari rumah ataupun merupakan seorang pelajar. Jika anda bekerja dari pejabat, sila lakukan ujian saringan dan kuarantin sekiranya diarahkan oleh pihak kesihatan. Tempoh kuarantin adalah di antara 10 ke 14 hari dan tempoh kuarantin anda tamat sekiranya swab kedua menunjukkan keputusan negatif.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Setakat ini nasihat saya adalah untuk meneruskan usaha pencegahan yang anda amalkan. Sebagai peringatan ini adlah langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia,
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Selain itu, apa yang anda boleh amalkan adalah langkah untuk meningkatkan immuniti badan anda seperti:
- Mengamalkan makanan yang seimbang
- Banyakkan bersenam
- Mengambil vitamin
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































