
Sulit
4 tahun
Krim bagi merawat psoriasis bahaya ke
Hye, saya ingin tahu adakah krim pelembap psoriasis akn mmberi ksn smpingan yg bruk? Krana sya ada terbaca sstgah kaedah rawatan psoriasis dapat mmberi kesan bruk shingga boleh mmberi maut. Boleh berikan sedikit keterangan? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya saya kurang pasti dengan jenis krim yang anda maksudkan untuk merawat masalah psoriasis ini. Hal ini kerana antara rawatan topikal psoriasis adalah seperti:
Corticosteroids
Analog vitamin D
Retinoid
Perencat calcineurin
Asid salisilik
Terapi Goeckerman
Anthralin
Setiap ubat di atas mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Namun secara amnya, ubat sapu tidak memberi kesan yang menyeluruh dan dan terlalu memudaratkan disebbakan ubat tersebt hanya disapu di bahagian luar kulit sahaja.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.