
Sulit
4 tahun
Kronik urtikaria-gegata-gatal2 pada waktu malam
Mengapakah saya tidak boleh mengambil suntikan untuk kronik urtikaria? Doktor memberitahu saya bahawa hanya akut urtikaria saja yang boleh ambil suntikan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum punca masalah urticaria anda dapat diketahui.
Namun begitu, antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti
- Makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya)
- Sengatan atau gigitan haiwan dan serangga
- Bulu haiwan seperti kucing dan anjing
- Ubat-ubatan
- Hama, bunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian
- Kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Amat disarankan untuk anda mengenal pasti sebab atau faktor urticaria anda dan mengelak dari punca tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.