Anonymous
6 tahun
Ktmbuhan kulat scara berulang kali di bibir vagina
Sy wanita 20an. Ibu kepada anak 1. Sy tidak selesa dgn kehadiran kulat dia vagina. Berulang kali 3bulan 1 atau pun 6bulan sekali. Kali ini mungkin ke 5@6 kali berlaku. Apakah pil patut sy belikan di farmasi terdekat? Apakah kulat vagina itu membahayakn jika berulang kali berlaku?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal ? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan kulat (kandidiasis vagina)
- Menopaus atau ketidakstabilan hormon wanita
- Radang disebabkan bahan kimia
- Kencing manis yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit tersebut masalah cik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































