
Sulit
4 tahun
Kudis bernanah n berdarah
Masalah kulit…anak saya ada kudis…tp dah berjangkit pd adk…ubat ape yg elok yer doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda iaitu kudis. Untuk makluman pihak anda, masalah kudis ini dirawat dengan
- Krim antibiotik- bagi kes yang lebih ringan
- Ubat antibiotik
Untuk mendapatkan ubat ia memerlukan preskribsi dari doktor. Maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Selain itu, berikut merupakan langkah pencegahan dari kudis.
- Sentiasa membasuh tangan dan kaki selepas bermain di luar.
- Mencuci pakaian atau tuala pesakit dengan air suhu lebih tinggi dan elakkan perkongsian dengan orang lain.
- Ibu bapa harus memakai sarung tangan semasa menyapu krim antibiotik atas kudis.
- Pastikan kuku selalu pendek.
- Larangkan anak anda yang menghidapi penyakit ini bermain dengan kanak-kanak lain.
- Elakkan mengunjungi tempat yang sesak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk berhubung dengan kami. Terima kasih.