
Sulit
5 tahun
Kudis kat btg zakar
Saya ada kudis kat zakar letak ubat pastu hilang… Lepas baik dia timbul blk… Pastu sekitar btg saya bhg ada mcm bijik kecil (dlm 5 - 6 bijik) warna putih tapi x sakit… Sebelom nie pom saya ada activiti x sihat… Harap doct. Dpt membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kudis dan biji-biji kecil tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, Herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan dan gejala lain.
- Radang disebabkan bahan kimia
- Masalah kulit seperti ekzema, dermatitis mahupun jangkitan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi zakar anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.