Sulit
5 tahun
Kuku leku melintang,bibir kering dan sakit perut
Hi Dr.saya ada anak lelaki umur 2tahun 4bulan.sejak akhir2 ni anak saya selalu mengadu sakit perut.perut dia de buncit sedikit suka minum air berbanding makan nasi.bibir anak saya start kering minggu lepas dan saya perasan semua kuku jari tangan dia ada garis lekukan melintang.kenapa ye dengan anak saya…saya risau lah.terima kasih Dr luangkan masa baca masalah anak saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anak puan menhadapi masalah bibir kering, perut kembung serta sering sakit, kerap minum air dan terdapat lekukan melintang pada jarinya. Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi anak puan. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi dan banyak lagi pmeriksaan serta ujian lain yang perlu dilakukan sebelum punca atau diagnosis tepat dapat diperolehi.
Namun begitu, masalah garis lekukan melintang di jari ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Trauma
Zat tidak mencukupi dalam badan (malnutrition)
Masalah hati
Jangkitan kuman (mumps, measles, pneumonia dan sebagainya), kulat
Ubatan
Masalah bibir kering pula boleh disebabkan:
Jangkitan Yis
Alahan
Kerosakan Matahari
Kekurangan Vitamin
Terlalu banyak vitamin A
Ubat-ubatan
Berikut merupakan jawapan aw bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































