
Sulit
3 tahun
Kulit bhg kepala zakar
Doktor sy berumur 36 tahun sudah berkahwin.Dulu bhg zakar saya seperti ada kesan ruam.adakah ini jangkitan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan yang diberikan, anda mempunyai masalah kulit seperti ruam di bahagian kemaluan anda. Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kebersihan diri yang kurang terjaga
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat perkara yang serius dan memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin
- Ekzema
- Psoriasis
Oleh itu, kami sarankan anda untuk menghubungi doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor