
afiqahghani94
4 tahun
Kulit bibir kering, tegang dan merekah sehingga keluar bibir
Saya mengalami bibir kering lebih dari 4 bulan. Setiap hari saya perlu memakai vaseline/pelembab. Jika tidak, bibir akan mengelupas dan berkuping di bibir dan disekitarnya. Sudah berjumpa pakar kemungkinan disebabkan alergik dan diberikan cream. Tetapi ia tidak menunjukkan tanda akan pulih. Saya perlu bergantung kepada pelembab untuk mengelakkan rekahan bibir. Saya dapati gejala ini berlaku selepas sy membeli lipstik baru.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bibir kering dan merekah yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan pada lipstik
- Kurang minum air
- Kurang vitamin B dan C
- Penyakit berkaitan keradangan seperti Penyakit radang usus atau penyakit Behchet
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Berhenti ambil lipstik tersebut
- Pemakaian krim yang diberikan doktor anda
- Minum air mencukupi
- Pengambilan suplemen multivitamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.