
Sulit
3 tahun
Kulit bintik bintik merah
hi dok sy umur 39 tahun ingin bertanya … sekarang ni di kaki sy ada kesan bintik bintik merrah … gatal dan berair kadang dia sakit di kulit peha sy harap dokter dapat membantu

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Lepuh akibat geseran (friction blister)
- Cacar air (chicken pox)
- Kayap (shingles)
- Dermatitis
- Ekzema
- Alahan pada ubat
- Alergi
- Gigitan serangga
Oleh itu saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.