
yv424503
5 tahun
Kulit bintik2 putih punca apa
Saya lelaki berumur 39 tahun…saya baru perasan kulit di kedua2 tangan saya ada bintik2 putih seperti kulit ayam…tapi x gatal…cuma rasa x selesa…boleh saya tau apa punca doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bintik-bintik ini merupakan follikle rambut anda. Ianya boleh dinampak dengan lebih jelas semasa follikle ini berkembang, terutamanya semasa dalam keadaan suhu yang sejuk. Ini merupakan gejala yang sangat normal.
Sekiranya ia tidak mengganggu aktiviti seharian anda, anda tidak perlu berisau tentangnya. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.