
Sulit
5 tahun
Kulit kaki saya ada Lepuh kecil samakin banyak kadang kala gatal,kalau pecah kan lepuh ,ada air keluar dan sakit,simpton ini sudah ada 4bulan lebih,tak ada baik
kulit kaki saya ada Lepuh kecil samakin banyak kadang kala gatal,kalau pecah kan lepuh ,ada air keluar dan sakit,simpton ini sudah ada 4bulan lebih,tak ada baik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi saya memberikan diagnosis bagi masalah kulit anda.
Akan tetapi, melalui penerangan anda di atas, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor memandangkan masalah anda sudah berlarut untuk 4 bulan dan semakin banyak. Selain itu, terutama sekali untuk masalah kulit, ianya sangat penting untuk doktor melihat sendiri masalah kulit yang anda hadapi sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.