
Sulit
4 tahun
Kulit kemaluan dibahagian batang nipis/melecet apabila bersetubuh
Saya berumur 48 tahun dan mengalami masalah kulit kemaluan nipis/melecet di bahagian batang (bawah kepala takuk) apabila bersetubuh. Apakah punca kulit nipis/melecet … tqvm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada kulit
- Masturbasi yang kasar
- Jangkitan kelamin seperti gonorea dan sifilis
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
Sukar untuk kami katakan apakah masalah sebenar yang menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.