
snowyhoney1498
5 tahun
Kulit kepala gatal dan merah
Saya umo 22. Sejak akhir2 ni, kulit kepala rasa gatal. Penat nk garu. Kadang merebak gatal smpai kwsn leher. Jadi bengkak merah2. Kulit kepala pon bila garu rasa cam bengak2 jgk. Tngok dekat cermin, nampa la ada putih2. X thu kelemumur ke apa. Sblm ni xde pon. Stress sngt. Rasa mcm nk botakkn je rambut ni.
Rambut panjang separuh blkg je. Lurus. X pernah dye. X penah rebonding.
Saya cepat berpeluh. Buat kerja sikit peluh turun mcm air terjun.
Rambut pon cepat bau. Baru tadi shampoo dh bau balik kulit kepala tu. Rambut bawah wangi la… Yg kt kulit tu gatal, bila garu berbau.
Duduk dlm rumah je. Jrg keluar.
Jrg pakai minyak kt rambut. Jarang ikat.
Masalah skrg dia tiba2 gatal. Gatal teruk pulak tu sampai nk tidur pon x boleh. Sentiasa nk kena garu. Merah2 bengkak dh area leher bawah telinga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal kulit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea capitis jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat masalah bahagian kulit berambut
- kelemumur
- ekzema
- psoriasis
- alahan
Memandangkan ia telah merebak parah, anda seharusnya ke doktor agar dapat diberikan pengubatan yang sesuai dengan penyebab masalah. Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.