
gloriescafe.ent
5 tahun
Kulit kering dan berpanau
Boleh diprogenta cream ini di sapu pada muka

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Diprogenta cream adalah merupakan sejenis ubat sapu yang digunakan untuk merawat:
- Jangkitan bajteria kulit
- Ekzema penyakit kulit gatal dan merah biasanya akibat alahan
- Dermatitis: keradangan kulit akibat sentuhan terhadap bahan yang iritan
- Psoriasis: sejenis penyakit kulit yang menyebabkan tompok-tompok merah yang bersisik
Penggunaan Diprogenta adalah tidak dibolehkan pada keadaan berikut iaitu:
- Mempunyai alahan terhadap ubat ini
- Vaksinia: jangkitan virus cowpox
- Varisela: juga dikenali cacar air
- Tuberkulosis: jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis
Memandangkan anda mengeluhkan kulit kering dan berpanau, mungkin yang anda maksudkan adalah terdapatnya bintik putih di wajah. Keadaan ini tidak boleh diubati dengan krim Diprogenta. Sebaliknya keadaan ini sebetulnya boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Jangkitan kulat pitiriasis versikolor (juga dikenali sebagai panau)
- Ptyriasis alba (apabila kulit bereaksi terhadap cahaya matahari atau alergen lain)
- Vitiligo: penyakit kehilangan pigmen warna kulit
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.