Anonymous
6 tahun
Kulit kering dan merekah
Saya berumur 19 tahun, kulit muka saya menjadi terlalu kering sehingga tidak boleh membuka mulut dengan luas. Keadaan kulit saya menjadi bertambah teruk sehingga mengelupas.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejalakulit kering dan mengelupas ini boleh disebabkan:
- Kurang minum air
- Kurang vitamin B dan C
- Penggunaan produk kosmetik yang tidak seseuai
- Alahan pada debu dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































