
Sulit
5 tahun
Kulit kering di leher Dan payudara
Hi doktor. Beberapa hari ini muncul bukit kering di beberapa tempat di leher, bawah bibir Dan bawah pelioat padyudara. Seperti kilir kering bersisik. Ada kala gatal Dan ada kala tidak. Tapi kenapa Tiba2 muncul begitu. Apa penyebabnya. Rutin saya seperti biasa. Tidak menukar apa2 diet atau mandian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kulat
Ekzema: biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali untuk masalah kulit, adalah sangat penting untuk doktor melihat sendiri keadaan kulit anda sebelum membuat diagnosis.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.