
Sulit
4 tahun
Kulit kering, pedih dan kehitaman
saya berumur 25 tahun dan perempuan. kulit saya di bahagian lipatan lengan menjadi kering, kehitaman dan turut berasa pedih. mula-mula berlaku di bahagian lepatan tangan di sebelah kiri kemudian merebak ke lipatan tangan sebelah kanan. dia hanya berlaku di bahagian lepatan lengan tersebut dan sudah terjadi lebih 3 minggu. jadi dr bolehkan saya tahu adakah ini kurap atau penyakit lain? bolehkah dr sarankan ubat yang sesuai untuk mengubati penyakit ini, kalau boleh ubat yang dibeli secara online atau di jika ada di jual di doctoroncall.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara amnya, kekeringan, kegatalan atau kesakitan yang biasanya disertai perubahan warna putih, hitam atau merah pada bahagian celah paha, boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya adalah:
- jangkitan kulat (baca: tinea crusis)
- gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- kurap atau ringworm
- alahan dari pakaian dll.
- iritasi dari peluh dll.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan penjagaan lipatan kulit & kelamin yang sehat dan bersih (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- sering mencuci & menukar pakaian (sekurang-kurangnya dua kali sehari)
- memakai pakaian dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- elakkan kawasan yang bergejala terlalu kering, basah atau terlalu lembab
- gunakan losyen untuk mengelakkan kulit terlalu kering
- lap badan menggunakan kain atau tuala yang bersih dan kering
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.