
Anonymous
5 tahun
Kulit kering terkupas
Bapa saya berumur 62 tahun…klinik mengatakan ayah saya menghidap eczema…satu badan terkupas kulit…doktor tu kata perlukan rawatan seumur hidup…saya mau tahu eczema ni memang boleh menyebab kan kaki bengkak…sebab dalam masa yang sama kulit kering terkupas kakinya benkak dan bahagian pingang sakit apabila kakinya di luruskan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya, tetapi ia dianggap berkaitan dengan tindak balas sistem imun badan yang terlalu aktif terhadap kerengsaan.
Oleh itu, sistem imuniti bapa anda mungkin bermasalah menyebabkan keradangan organ.
Namun begitu, simptom baru bapa anda mungkin berpunca daripada masalah jantung, buah pinggang atau hati.
Justeru itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.