
lthaizal98
5 tahun
Kulit leher disebabkan gatal
Kenapa kulit leher sya mengelap. Ada cara kah utk atasi masalah ini? Mcm mna nak kembalikan kulit asal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah kulit yang dikenali sebagai acanthosis nigricans
- obesiti
- diabetes jenis 2
- masalah hormon - seperti sindrom Cushing, sindrom ovari polikistik atau tiroid
- kesan pengubatan tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.