
Anonymous
5 tahun
Kulit mengalami gatal gatal
Hello doktor…saya berumur 19 tahun… Beberapa hari lalu saya dapati bintik merah mula ada pada kaki saya… Pada awal nya saya ingat itu adalah kesan gigitan serangga… Tapi bintik bintik merah tersebut semakin naik di kawasan kaki,tangan dan leher saya…bintik bintik merah ini juga disertai dengan rasa gatal… Jadi soalan saya apakah yang menyebabkan bintik bintik merah dan kegatalan tersebut berlaku? Dan apakah yang patut saya lakukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan yang kronik boleh disebabkan:
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan dermatitis
- Demam campak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.