
Sulit
5 tahun
Kulit merasa gatal gatal
Adakah ruam hiv boleh membiak dan gatal? Membiak maksudnya semakin banyak & bertambah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ruam kulit pada pesakit HIV-positif boleh timbul disebabkan oleh pelbagai organisma dan perkara. Antaranya:
- Perubahan kulit akibat virus HIV sendiri
- Akibat ubat-ubatan seperti sesetengah antibiotik yang mana keadaan ini harus segera dirawat
- Pelbagai jenis dermatitis iaitu keradangan kulit yang boleh timbul akibat alahan, akibat matahari serta penggunaan iritan
- Eosinofilik folliculitis iaitu keradangan folikel rambut akibat CD4 yang terlalu rendah (biasanya pada pesakit HIV yang tidak rutin memakan ubat)
- Herpes zoster iaitu reaktivasi semula virus yang pernah menyebabkan chickenpox
Melihat kepada banyaknya penyebab timbul ruam samaada terkait dgn HIV mahupun tidak seperti diatas, sebaiknya anda segera merujuk ke doktor kerana dikhuatiri sekiranya ia adalah jangkitan ia akan menjadi parah.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.