
hidzir_shari
5 tahun
Kulit muka dan kepala kering
saya lelaki berumur 31 tahun,mempunyai kulit kepala yang sering gatal,walaupun telah mencuba pelbagai shampoo tapi kulit kepala masih lagi gatal.Apabalila saya membotakan kepala akan terdapat kesan bulat menyerupai kelemumur banyak di bahagian kepala saya.kulit muka saya akan mengelupas kekeringan apabila terdedah terlalu lama di tempat sejuk dan saya terpaksa menyapu pelembap untuk menghilangkan kulit kering,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini. Antaranya ialah:
- Masalah kelemumur
- Infeksi kulit kepala – terdiri daripada jangkitan bakteria ataupun kulat
- Psoriasis : Psoriasis adalah peradangan pada kulit yang ditandai dengan ruam merah, kulit kering, tebal, bersisik, dan mudah terkelupas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Jika kulit anda mengalami jangkitan, anda memerlukan anti bakteria atau anti kulat untuk mengubati. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.