
Adirahamsah
4 tahun
Kulit muka kemerah merahan
Saya wanita yg berumur 20 tahun. Sebelum ini kulit muka saya tidak mengalami kemerah merahan. Tetapi, saya jenis yang sukar bertukar tukar jenis pencuci muka. Ini disebabkan kulit muka saya tidak memberikan apa apa kesan seperti breakout dan sebagainya. Tetapi, sejak dua menjak, saya mula perasan yang kulit muka saya kemerah merahan serta mengalami breakout yg teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala kemerah-merahan atau penumbuhan jerawat yang mendadak mungkin disebabkan oleh beberapa perkara atau faktor, iaitu:
- Penjagaan muka yang kurang bersih
- Alahan bahan produk yang digunakan seperti krim, losyen, sabun atau pencuci muka. Penggunaan pencuci muka yang sering diganti akan menyebabkan kulit muka anda terdedah pada bahan kimia yang boleh merosakkan kulit
- Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan diproses atau tinggi dari segi kandungan lemak
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Jangkitan kuman pada kelenjar bulu muka
- Gangguan stress dan tekanan emosi
- Faktor suhu dan cuaca panas.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kemungkinan masalah anda adalah disebabkan oleh tabiat penggunaan pencuci muka yang sering digantikan kerana mungkin pencuci muka anda yang baharu mempunyai bahan kimia yang menyebabkan alahan pada muka anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk menghentikan penggunaan pencuci muka terlebih dahulu dan hanya menggunakan air sebagai salah satu cara untuk mencuci muka anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.