
Anonymous
5 tahun
Kulit muka terdapat merah-merah seperti jerawat dan bedbug
Saya berumur 20 tahun dan saya pernah mengalami masalah kulit pada bahagian badan saya pada masa yang lalu. Sekarang muka saya mengalami masalah kulit yang sama iaitu serupa dengan (bedbug bite atau jerawat yang berkumpul dalam satu tempat). Masalah kulit saya ini berasa gatal dan panas. Apa punca ini dan bagaimana mengatasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kegatalan di permukaan kulit kita.Antaranya ialah:
Kulit kering: Kulit gatal yang tidak disertai dengan perubahan kulit lainnya, seperti ruam, paling sering disebabkan oleh kulit kering (xerosis).
Penyakit kulit dan ruam: seperti ekzema psoriasis, kudis, kutu, cacar air dan sebagainya
Penyakit sistemik: Penyakit sistemik yang dapat menyebabkan gatal, diantaranya: penyakit hati, malabsorpsi dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.