Sulit
3 tahun
Kulit penis tegang dan melecet
kulit penis sy di bawah kepala tu,terasa menegang dan melecet jika bersama isteri,jika beronani pon sama jua,apakah solution yg sesuai doktor
di bahagian kepala penis pula,ade certain part yg mcm mengelupas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pastikan kebersihan dan kesihatan alat kelamin sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap untuk kami membuat penilaian. Untuk makluman anda, kulit kemaluan lelaki yang melecet dan menggelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat penyakit jangkitan seksual seperti syphillis
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.