
Sulit
4 tahun
Kulit seakan meradang dan ada bintik2 kecil
Saya lelaki,Terdapat bintik2 kecil dikepala kemaluan dan kulit kemaluan seakan kering, apakah jenis penyakit dan apa cara untuk merawatnya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik dan kegatalan yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
- Genital wart
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi yang anda alami, anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan masalah zakar anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah