
Sulit
3 tahun
Kulit wajah yang bermasalah
Hai doc saya fath berusia 23 tahun… Sy mengalami kulit muka bermasalah iaitu berjerawat,and berminyak sebenarnya kulit sy agak sensitive sy hanya guna pencuci sahaja,kulit saya start breakout sejak tahun lepas, breakout and then few month it okay and the keep breakout until now, Doc boleh bagi pencerahan any suggestions ubat or what?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kulit berminyak
- Reaksi alahan
- Perubahan atau ketidakseimbangan hormon
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Pencuci muka atau produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan jenis kulit
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Kami tidak dapat mengesyorkan sebarang jenis ubat tanpa nasihat daripada doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
kulit