
Sulit
4 tahun
Kulit zakar bengkak
Hai doktor…
kenapa kulit batang zakar saya bengkak tapi tidak terasa sakit,dlm Mase yg same sy ad sakit kalenjar doktor dan demam…skrg demam dah ok…cume zakar shj yg masih bengkak…Adakah dia akan jd lebih teruk lg doktor…adakah boleh diubati doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah zakar bengkak. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
- Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih