Sulit
2 tahun
Kurang ereksi semasa bersama isteri
Umur 46 tahun. Semenjak awal tahun ini Sya mengalami masalah dlm hubungan intim dengan isteri.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dikemukakan.
Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah dalam hubungan intim semasa bersama isteri.
Kami amat memahami masalah ini dan akan cuba membantu.
Punca mati pucuk yang dapat dikenal pasti adalah kerana pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat,justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan.
Justeru itu,masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah yang tidak memuaskan .
Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.
Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.
Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.Kegagalan hati dan buah pinggang juga boleh memberi kesan kepada hormon.
Penyakit Parkinson boleh menyebabkan hormon ‘Dopamine’ berkurangan lantas menyebabkan ganguan kepada pengekalan ketegangan zakar.
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain juga menyumbang kepada mati pucuk.
Untuk makluman anda, tabiat onani dalam apa juga cara sekalipun adalah sesuatu yang tidak bagus.
Mati pucuk dapat dicegah melalui pengubahsuaian gaya hidup yang lebih sihat.
Antaranya dengan bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat ,menguruskan stres serta berhenti merokok dan memastikan tekanan darah dan penyakit kencing manis terkawal.
Lebih-lebih lagi pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain serta pengambilan alkohol menjejaskan pengaliran darah ke zakar.\
Oleh sebab itu,hormon juga akan berkurangan lantas menyebabkan seseorang mengalami mati pucuk dan ketidakpuasan semasa hubungan seks.
Justeru,anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kami untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan nasihat-nasihat yang amat diperlukan dalam penyakit lemah tenaga batin ini.
Berkenaan ini, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan seseorang doktor. Anda boleh berhubung dengan kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.