
mrsyariel
3 tahun
Kurang Garam dalam darah
Saya lelaki berumur 35 tahun sudah berkahwin, sejak kebelakangan ini saya dalam setahun sekali dua potassium saya rendah. Sudah periksa buah pinggang normal. Disebabkan itu saya dapat simptom seperti anxiety, risau terlampau, kecelaruan, mudah tersentuh perasaan, kadang2 perasaan takut terlampau menyebabkan jantung saya laju. Saya nak tau apa punca utama kurang potassium.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak punca kekurangan garam potassium dalam badan. Keadaan ini dipanggil hypokalemia. Antara penyebab masalah ini adalah:
- Masalah buah pinggang
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Sering muntah-muntah
- Cirit birit
- Penggunaan ubat darah tinggi jenis diuretics (mengeluarkan air dari badan)
- Kekurangan asid folik
- Terdapat masalah dengan hormon aldosterone
- Terdapat masalah dalam sistem pencernaan
Untuk mengetahui punca yang mana satukah punca masalah yang anda hadapi, pemeriksaan ada ujian lanjut adalah diperlukan. Ada boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk nasihat lanjut secara percuma. Terima kasih.