Anonymous
6 tahun
Kurang keinginan bersama
Isteri berumur 31 tahun, anak kami hanya seorang dan baru berumur 3 tahun. Isteri saya surirumah sepenuh masa. Isteri saya selalu menolak ajakan saya setiap kali saya mengajaknya. Apakah ini sakit atau tanda2 menopause?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan banyak perkara. Antaranya adalah:
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah psikologi
- Konflik rumahtangga
- Riwayat trauma
- Ubat-ubatan
- Limitasi fizikal
- Endometriosis
- Fibroid
- Diabetes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































