
Sulit
5 tahun
Kurang kencing baby 5 bulan
Hye doctor… Baby sy girl berusia 5 bulan… Sy perasan dia jenis kencing tak banyak… Since dlm pantang pampers tak pernah bocor… Sy guna 4 helai sehari… Sy risau dia ada masalah lain… Baby ok… Tak meragam… Minum susu pn ok… 2-3 jam skali… Baby full bf… Adakah keadaan anak sy normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap bayi kencing dan berak dalam jumlah yang lain, seperti orang dewasa juga. Oleh itu, sekiranya anda cuma perlu menukar pampers bayi anda sebanyak 4 kali dalam sehari, ini adalah normal. Namun, sekiranya bayi anda mula kurang kencing dan anda tukar pampersnya kurang daripada 4 kali sehari, ini harus menimbulkan persoalan dan harus dibawa untuk pemeriksaan terutamanya apabila bayi anda mempunyai simptom lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.