
Sulit
3 tahun
Kurang Ketegangan Pada Zakar dan apakah rawatan yang sesuai
Hye…saya wan berumur dalam lingkungan 30…sy ingin bertanya mengenai berlakunya kekurangan ketegangan pada zakar dan ereksi berlaku kurang dari 15 minit…bagaimana kaedah untuk merawat dan apakah jenis ubatan yang sesuai untuk diambil serta rawatan yang sesuai untuk digunakan…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahuisekiranya terdapat ubat-ubatan yang sesuai terhadap masalah ketegangan zakar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda gangguan ereksi yang dialami oleh seorang lelaki boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti
- gangguan psikologi
- merokok
- obesiti
- kekurangan testosterone
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang serius serta memerlukan rawatan khusus seperti
- Peyroine’s disease
- Kanser prostat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar Urologist.