Sulit
4 tahun
Kurang merasa rangsangan
saya wanita 20an dan berkahwin, saya nak tanya kenapa saya tidak berapa rasa stim/geli walaupun saya dan suami ada melakukan oral seks… masalah saya bila hendak melakukan oral seks pada vagina saya tak merasakan geli atau kita panggil rangsang pada vagina… tolong saya doktor
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Tidak terangsang ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.)
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya masalah kelamin memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari masalah kelamin, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, anda juga boleh cuba meningkatkan rangsangan dengan:
- cuba meningkatkan suasana romantik sebelum bersama
- pastikan kondisi dan keadaan sekeliling selesa dan tidak mudah diganggu
- memastikan pihak wanita telah siap untuk memulakannya
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing atau bersihkan diri sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































