
Sulit
4 tahun
Kurang sihat dan masih sakit tekak
Salam doktor. Pada 16/1 sy mula mengalami sakit kepala dan demam & sejuk pada waktu malam dan mula rasa sakit tekak. Pada keesokkan pagi nya, sya rasa demam dh beransur pulih cuma skrg tekak masih rasa sakit dan susah nak minum air. Selepas saya merujuk simptom2 untuk covid19, sya masih mempunyai deria rasa, deria bau dan sbgainya.adakah sya perlu bimbang dan buat pemeriksaan dengan lebih lanjut?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain khususnya sepanjang PKP ini.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan cemas atau demam yang disebabkan faktor selain coronavirus
- gangguan/jangkitan/inflamasi saluran tekak
- kekurangan minum air atau dehidrasi
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini