
Sulit
3 tahun
Kurang testosterone dalam badan
Hai. Saya mengalami testosterone yang kurang. Ada supplement yang saya boleh ambil untuk mengembalikan jumlah testosterone? Saya ingin cuba ubat-ubat supplement testosterone yang ada di pasaran cuma tidak tahu yang mana satu yang berkesan dan tidak mendatangkan kesan sampingan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui supplemen untuk meningkatkan hormon testosteron anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Namun begitu, sebelum kami boleh memberikan cadangan pada supplemen atau ubat, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan mengenai kesihatan anda. Untuk mendapatkan supplemen testosteron yang sesuai dengan anda, kadar testosteron perlu diketahui dahulu.
Mengambil supplemen testosteron atau ubat-ubatan tanpa melakukan konsultasi bersama doktor boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada jantung dan prostat.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.