Sulit
5 tahun
Labia minora menonjol keluar dari labia majora
Saya umur 22 tahun belum berkahwin lagi, tapi labia minora saya lebih menonjol keluar daripada labia majora. Saya tidak pernah perasan perkara ni sehingga saya meningkat dewasa baru saya perasan. Adakah ianya normal atau apa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda alami. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Cyst/Kista
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali sekiranya masalah yang anda hadapi berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































