
Anonymous
5 tahun
Lama tak dtg period
Sy wanita umur 30an sy dah lama tak dtg period 1thn lebih sebelum itu I dah periksa Kat kilinik kesihatan dokter bgi tahu u Mudah lagi memang masalah hormon tak lama lagi dia Akan normal dokter bgi Tahu kat I sy dah kahwin dah 9thn belum Ada anak lagi sekarang I rasa kaki I benggak Dan belakang leher pun sy sakit I dah lama ada masalah period apa i kena buat dokter

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon seperti pituitari atau hypothalamus
- Gangguan emosi atau tekanan
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid - Masalah reproduktif wanita seperti ovari atau fibroid uterus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.