
Sulit
4 tahun
Lama tidak period . Bila period sakit pinggang dan bawah pusat
Assalamualaikum doktor . Sye wanita berumur 22 tahun . Sye telah lama tidak period sejak mengambil suntikan depo . Sye telah berhenti depo pada bulan 11 2020 . Pada 7hb1 darah telah keluar ttp dgn kadar sedikit selama 2 hari . Pada 19hb 1 Sye telah demam beserta muntah cirit dan sakit perut . Sye perasan darah telah keluar kembali tetapi darah berwarna koko . Sye mengalami sakit pinggang dan sakit bawah pusat . Adakah itu senggugut atau penyakit lain? Untuk information doktor kawasan Sye skrg sedang wabak muntah demam cirit selepas banjir …adakah ia berkait dgn period Sye atau hanya kebetulan? Sye juga merasa mengah untuk bernafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.