
Anonymous
5 tahun
Lambat 7hari period
Saya berusia 39 thn. Sudah berkahwin dan mempunyai sesorang anak lelaki berusia 12 thn. Saya pernah mengalami 2kali keguguran (dnc) pd 2008 dan 2009. Saya tidak pernah mengambil sebarang pil perancang keluarga dan sampai skrg masih belum ada rezeki mengandung lg. Tp pd bulan ini, period saya ✗ keluar dah lewat 7 hari. Sebelum ni period saya teratur, klu lewat/cepat 2-3 hr je. 2bln lepas saya ada buat pemeriksaan di klinik pakar O&G dan semua result adalah normal. Hari pertama period saya bln lepas ialah 15/5/2019. Saya mmg sangat teringin utk dpt cahaya mata lg tapi adakah pada usia saya skrg saya boleh mengandung lg? Atau adakah sebab lain period saya ✗ keluar?
Terima kasih Doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.