
intanarjuna95
6 tahun
Lambat datang bulan (12 hari) dan ujian air kencing tidak menunjukkan positif hamil
salam, saya sudah berkawin dan mempunyai seorang anak berumur 1 thn 3 bulan. kali terakhir saya datang bulan pada 5 april 19 dan saya hanya bersama dengan suami pada 24 april 19. saya belum datng bulan bagi bulan may dan saya juga telah melakukan ujian air kencing menggunakan ‘pregnancy test’ dan keputusan menunjukkan ia negative. adakah saya berpotensi hamil ketika saya ‘low at chance of getting pregnant’ ? dan mengapa saya lambat datang bulan dan mengapa pregnancy test menyatakan saya negative?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Tanda-tanda awal kehamilan mungkin berlainan untuk setiap wanita. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Mual/ Muntah-muntah - “morning sickness”
- Payudara yang sakit dan membesar
- Perubahan emosi
- Peningkatan berat badan
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt . Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.