
Anonymous
6 tahun
Lambat datang bulan dan hamil
Saya wanita berumur 23 tahun. Kitaran period saya tidak teratur setiap bulan. Untuk bulan ini, saya suda lewat dtg bulan utk seminggu. Ada saya hamil ? Baru baru ini saya ada berhubungan badan dengan suami. Keesokan paginya, saya dapati ada flek coklat keluar. Ada kah itu tanda saya hamil atau bagaimana ?mohon pencerahan. Tq.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca untuk haid yang tidak teratur adalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda disarankan untuk buat urine pregnancy test untuk mengesahkan status kehamilan anda. Untuk mengetahui punca kitararan haid yang tidak teratur, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.