Anonymous
6 tahun
Lambat datang period selama 3 bulan
Saya wanita 20’an. Saya mengalami lambat period. Lambat period saya dah masuk 3 bulan. Ada apa2 ubat tak? Sbb badan saya dh lengoh2 dan area rahim saya dah senak2. Selalunya ini tanda nak period. Tapi saya still xperiod. Thank you in advance 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunyai pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- Tekanan emosi dan fizikal. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitiviti fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat . Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

























