
Anonymous
5 tahun
Lambat didatangi haid
Saya wanita berusia 25 tahun dan mempunyai seorang anak berusia setahun 4bulan. Saya datang haid pada 23.5.2019 dan berakhir pada 28.5.2019. Sehingga hari ini saya tidak datang haid lagi. Saya telah buat ujian kehamilan pada 25.6.19 dan 27.6.19 masih negatif. Adakah saya hamil atau punyai masalah lain? Dan bilakah waktu sesuai untuk saya buat ujian kehamilan semula? Boleh doktor jelaskan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur atau lewat adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- haid lewat akibat kehamilan
- masalah ovari, rahim atau serviks
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.