
mulutbusuk94
5 tahun
Lambat Ereksi & lemah
Sy lelaki umur 25 bujang,…bermula minggu lepas sampai hari ini sy lambat & lemah ereksi …adakah ini tnda2 awal mati pucuk?? & caranya mengatasinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lambat dan lemah ereksi yang anda terangkan perlu disiasat atau ditanyakan lebih soalan kerana terdapat beberapa kondisi yang mungkin menjadi kekeliruan dalam kesihatan seksual seperti:
- Ejakulasi pra-matang - apabila mencapai klimaks dengan cepat
- Mati pucuk - tidak dapat menegakkan zakar walaupun dengan ransangan
- Masalah klimaks seksual - apabila sukar mencapai klimaks
Secara umumnya, gejala mati pucuk sering terjadi kepada golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan juga masalah psikologi. Cara menanganinya pula secara umumnya merawat penyakit-penyakit kronik, bersenam, berhenti merokok dan mungkin juga ubat-ubatan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.